Sembang Sarjana: Sasterawan patut terjun ke penulisan skrip
Mar. 24th, 2007 | 01:25 pm
Keratan akhbar ini dipetik di Berita Harian, Selasa, 20hb March 2007 (Artikel Sastera)http://www.bharian.com.my/m/BHa rian/Tuesday/Sastera/20070320074124/Arti cle/
Sembang Sarjana: Sasterawan patut terjun ke penulisan skrip
Bersama Nazmi Yaakub
BAGAIMANAKAH Wiramanja melihat sastera sebagai komoditi?
Banyak bahan sastera termasuk cerita rakyat yang boleh dijadikan komoditi dalam bentuk cetak, drama televisyen dan filem. Penciptaan lagu juga hasil sastera jika liriknya yang dihasilkan puitis dan menambat hati manusia selain berupaya mendidik masyarakat. Malahan, komoditi yang dapat dialih bahasa, berupaya dijual di pasaran dunia. Teks bukan saja dapat dipentaskan di pentas terbuka, sebaliknya boleh dirakam dan disalurkan melalui media elektronik untuk tontonan seluruh negara. Adaptasi teks teater ke televisyen juga wajar dilakukan. Sasaran penonton tidak lagi terhad kepada generasi remaja dan muda, bahkan golongan dewasa yang gemar berada di rumah. Bagaimanapun, isi drama dan filem jangan hanya membuka pekung di dada dengan memaparkan keluarga dan keadaan orang Melayu yang porak-peranda, sebaliknya cerita yang ada mesej. Mengapa tidak paparkan drama mengenai petani moden yang berjaya mengubah nasibnya atau ibu tunggal yang menjadi ahli perniagaan berjaya.
Penggiat industri perfileman cenderung meminggirkan karya sastera. Apakah Wiramanja bersetuju?
Sebenarnya ada filem kita dihasilkan daripada novel Sasterawan Negara (SN), Prof Dr Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan seperti, Juara yang dipindahkan kepada filem sebagai Jogho. Bagaimanapun, tidak banyak dipindahkan kerana kita tidak ada penulis yang mahir menulis skrip. Di luar negara, 70 peratus daripada filem diangkat daripada cerpen dan novel yang hebat kerana ia turut berpandu kepada karya terlaris di pasaran. Di negara ini, kita menganggap penulis yang menceburi bidang sastera sepenuh masa mempunyai masa depan gelap, sedangkan mereka boleh menjadi penulis skrip profesional. Kita ada banyak stesen televisyen yang memerlukan 100 hingga 500 judul setahun.
Mengapakah penggiat filem seolah-olah tidak memandang karya sastera tempatan, sebaliknya memilih untuk menghasilkan skrip sendiri?
Barangkali penggiat filem kecil bertindak menghasilkan skrip sendiri kerana masalah modal dan mahu menjimatkan kos. Syarikat besar akan mengambil skrip yang sudah memenangi pertandingan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) seperti Embun. Bagaimanapun, kita perlu mengakui hasil sastera sekiranya dianggap komoditi, ia boleh menjana kewangan negara terutama novel hebat yang dijual dalam dwi bahasa. Apatah lagi, novel itu memenangi anugerah atau mencapai tahap jualan terlaris di pasaran. Bagaimanapun, kita mempunyai jumlah rakyat yang relatif kecil berbanding negara jiran, Indonesia. Sekiranya 10 peratus saja boleh menulis daripada lebih 200 juta penduduk, jumlahnya sudah terlalu besar.
Mengapakah drama atau filem yang diangkat daripada novel selalu berkesudahan penulis asal tidak berpuas hati?
Penulis tidak boleh menganggap seratus peratus karya mereka boleh dipindahkan ke filem kerana kebebasan berkarya secara teorinya berbeza dengan realiti perfileman. Kita boleh menulis mengenai jambatan atau bangunan runtuh, tetapi soalnya apakah industri filem kita mampu menghasilkannya. Plot dalam novel tiada had berbeza dengan filem. Plot dalam filem tidak boleh panjang dan dibantu visual yang menerangkan latar. Penulis kena menerima hakikat pemindahan karya dari novel ke filem tidak boleh 100 peratus sempurna.
Isunya, maksud penulis dalam karya asal sudah berbeza dalam filem. Apakah pandangan Wiramanja?
Dalam soal ini, penggiat filem perlu menghormati karya asal penulis. Produser, pengarah dan pengkarya filem perlu memahaminya dan tidak bertindak sambil lewa dalam memelihara maksud asal karya.
Bagaimanakah Wiramanja melihat realiti hubungan filem dan sastera kerana masih banyak karya sastera yang boleh disentuh?
Kita belum lagi memindahkan karya sastera kepada filem secara optimum kerana jumlah penduduk tidak ramai. Di Indonesia, sekiranya karya difilemkan dan mendapat sepuluh peratus saja penonton daripada keseluruhan jumlah rakyat, pengeluar filem sudah menjadi jutawan. Saya kira memadai apa yang ada, tetapi bukan untuk berpuas hati. Kita ucapkan syabas pada penggiat filem dan biarlah semangat mereka terus besar. Jangan kita ukur dengan negara lebih maju dalam soal ini, sebaliknya kita perlu melihat perbandingan dengan negara belum membangun.
Apakah perspektif ini tidak menjadikan penggiat filem kita tertidur dan tidak maju?
Pujian menjadi tanda sokongan dan motivasi seperti di Barat. Sedangkan kita lebih kepada mengutuk walaupun filem belum ditayangkan di panggung sehingga sudah keluar komen dalam akhbar. Kita perlu membezakan kritikan pembaca dengan kritikan akademik. Sekiranya berbentuk akademik, ia perlu bersandarkan teori. Jika kritikan pembaca berdasarkan skop peribadi, ia belum tentu boleh diterima.
Bukankah penonton ada hak untuk komen kerana sudah membayar tiket?
Mereka ada hak, tetapi bukan mengata keseluruhan filem tidak bagus. Seelok-eloknya komen mesti ada sandaran dan saranan yang positif serta berbentuk timbal balas. Jangan tuduh orang Melayu tidak pandai menghasilkan filem.
Siapakah yang wajar menjadi jambatan untuk menghubungkan khalayak sastera dengan penggiat filem?
Sastera dan filem sudah ada hubungannya serta tidak dapat dipisahkan, meskipun lazimnya orang sastera tidak mahu membabitkan diri jika ada acara berkaitan filem.
Masing-masing ada tanggungjawab sama ada untuk menulis ataupun menghasilkan drama dan filem.

ADA KEPERLUAN: Wiramanja berharap sasterawan merebut peluang
menulis 500 skrip drama yang diperlukan
sepanjang tahun.
PROFIL
Wiramanja
Tempat lahir: Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Tarikh lahir: 27 Ogos 1957
Jawatan: Pensyarah Kanan merangkap Ketua Program Penulisan Artistik, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FTKA), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pendidikan: Sarjana Muda Komunikasi Media (Jurnalisme) di UiTM; Sarjana Persuratan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pengalaman: Penerbit Eksekutif (Ketua Bahagian Melayu) Radio Time Highway dan Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Buku: Komunikasi Budaya Melayu: Dari Alam Rahim ke Alam Barzakh dan Cerita Rakyat Sabah: Dang Esah Tandang Sari terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Rampai Puisi: Benua Gersang, Penulisan Skrip TV dan Filem: Transformasi Idea dalam Karya serta Dari Layar ke Pentas: Pemindahan Idea dan Ruang (UMS)

Link | Leave a comment | Add to Memories | Tell a Friend
KP Finas Yang Baru Diumum Hujung Bulan
Jul. 12th, 2006 | 10:44 pm
>> Keratan akhbar ini dipetik dari www.bernama.com.my pada tarikh 10th Julai 2006
10 Julai, 2006 14:53 PM
KP Finas Yang Baru Diumum Hujung Bulan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan mengumumkan nama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baru, hujung bulan ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu sedang menunggu penilaian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kriteria calon yang sesuai untuk jawatan berkenaan bagi menggantikan Fauzi Ayob, yang meletakkan jawatan Mei lepas.
"Kita akan mempertimbangkan calon yang boleh mentadbir Finas dengan baik dan mengerti tentang dunia filem seperti pelakon, penulis skrip ataupun jurukamera.
"Orang itu juga mesti bertenaga untuk membangunkan Finas sebagai badan yang boleh menjana industri filem negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu anjuran Arkib Negara dan Perpustakaan Negara, di sini Isnin.
Fauzi, 45, meletakkan jawatan selepas berkhidmat selama enam bulan kerana dikatakan kecewa terhadap apa yang berlaku dalam pengurusan industri filem di Malaysia.
Sementara itu, Rais berkata kementerian akan menawarkan dana penyelidikan khusus untuk para sarjana bagi mengkaji isu kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu berabad-abad lalu.
Beliau berkata dana itu ditawarkan kepada pelajar universiti tempatan yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), memandangkan kajian itu penting dalam memberi huraian terperinci tentang kisah sejarah tersebut.
"Isu ini mungkin akan menarik minat para sarjana untuk membuat penyelidikan dan kami sanggup membiayai perbelanjaan kepada mana-mana sarjana yang berminat untuk mengkaji punca kemasukan Islam ke Semenanjung, sama ada dari Melaka yang menurut sejarah bermula pada 1405/1409, atau Terengganu (1345)," katanya.
Beliau berkata tawaran dana tersebut sudah lama dibuka kepada universiti-universiti tempatan untuk mengkaji isu itu tetapi sehingga kini masih tiada yang berminat untuk mengkajinya.
Rais berkata kementerian itu juga bakal memberi dana penyelidikan kepada seorang penyelidik bernama Wiramanja, di Universiti Malaysia Sabah, mengenai transkripsi filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
"Semua filem seniman agung itu akan ditranskripsikan dialognya untuk dibukukan, tetapi untuk penyelidikan kemasukan Islam, mungkin mengambil masa yang agak lama dan kita juga mengalu-alukan penyelidik dari luar negara yang berminat untuk mengkaji kontroversi itu," katanya.
Beliau juga berkata negara kini mengalami masalah untuk mendapatkan semula manuskrip-manuskrip sejarah yang berada di luar negara seperti di Amerika Syarikat serta Kepulauan Maluku dan Aceh di Indonesia.
Beliau berkata terdapat lebih 100 manuskrip lama di luar negara, bagaimanapun untuk membawanya pulang agak sukar kerana perlu mengenal pasti pemilik asal manuskrip itu, sama ada milik orang tertentu di negara ini atau tidak.
"Jika kita tidak dapat menentukan pemilikan harta intelek itu, kita tidak boleh memaksa mereka (pemilik di luar negara) untuk menyerahkan kepada kita, jadi apa yang kita lakukan ialah membeli manuskrip yang kita mampu, jika tidak manuskrip tersebut akan kekal di sana dan masyarakat antarabangsa masih boleh menghayati kesan sejarah manuskrip tersebut," katanya.
Beliau berkata kementerian juga berusaha untuk membuat replika artifak dan manuskrip Melayu yang tidak dapat dibawa masuk ke Malaysia supaya masyarakat tempatan masih boleh mengetahui bentuk asal dan sejarah setiap barangan tersebut.
-- BERNAMA

Projek Skrip P.Ramlee
May. 29th, 2006 | 05:47 pm
>> Wawancara ini dipetik dari Utusan Malaysia, Isnin, 29 Mei 2006, muka surat 11
>> Link : http://www.utusan.com.my/utusan/con tent.asp?y=2006&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
29 Mei 2006
2 Jamadil Awal 1427
PROJEK SKRIP P. RAMLEE
Mukadimah
HARI ini 29 Mei genap 33 tahun kematian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sejak 1973 dulu. Sehubungan itu bagi Pensyarah Penulisan Seni Kreatif (Filem), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Abdul Rahman Ahmad Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Wiramanja mempunyai cara yang luar biasa untuk menghargai P. Ramlee.
Usaha yang dilakukan oleh Wiramanja dengan kerjasama para siswa UMS jurusan tersebut ialah melakukan transkripsi atau menulis semula skrip 40 buah filem arahan P. Ramlee sebagai satu khazanah amat berharga kepada para pengkaji filem tanah air.
Wiramanja adalah mantan DJ merangkap Penerbit Eksekutif Radio Lebuh Raya (Time Highway Radio), Kuala Lumpur pada penghujung 1990-an dulu.
Wawancara ini adalah meninjau pemikiran Wiramanja terhadap P. Ramlee dan projek penulisan semula skrip filem-filem karya tokoh perfileman itu sehingga tertubuhnya Bank Skrip P. Ramlee di Sekolah Pengajian Seni, UMS.
Berikut adalah wawancara oleh wartawan Utusan Malaysia, NAZERI NONG SAMAH mengenai usaha gigih Wiramanja dalam menghasilkan penghargaan secara ilmiah terhadap P. Ramlee.
UTUSAN: Mengapa P. Ramlee menjadi sanjungan anda?
WIRAMANJA: Saya melihat Allahyarham P. Ramlee sangat berbeza dengan insan seni lain. Beliau meninggalkan banyak khazanah seni sebagai harta pusaka untuk bangsanya. Beliau sangat merakyat sifatnya dalam setiap karya dan lain-lain aspek kemanusiaan. Bakat besarnya tidak dimiliki oleh insan seni lain di tanah air ini. Sebab itu saya atau para penggemar karya-karya seni begitu menyanjung P. Ramlee.
Kenapa timbul minat mendokumentasi skrip lakonan P. Ramlee?
WIRAMANJA: Minat ini timbul tujuh tahun yang lalu sewaktu ingin melakukan analisis PhD. Namun tidak kesampaian kerana tidak ada skrip-skrip tersebut. Puas saya mencari di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga ke Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan para seniman seperjuangan dengan P. Ramlee, tetapi tiada skripnya.
Sejak itu saya bertekad untuk menulis semula skrip (transkripsi) filem-filem P. Ramlee. Filem Pendekar Bujang Lapok adalah yang pertama saya transkripsikan. Kerjanya sukar, kerana memerlukan kesabaran menonton setiap scene, shot dan dialog. Tiga bulan baru selesai satu skrip filem. Sungguh memenatkan tetapi amat menyeronokkan kerana dapat ilmu daripadanya.
Saya rasa amat bertanggungjawab untuk mendokumentasikan itu. Jika bukan saya, siapa? Saya melihat sejak kematian P. Ramlee pada 29 Mei 1973, tiada usaha-usaha sedemikian dilakukan. Kita tidak mahu filem arahan dan lakonan P. Ramlee hanya diangkat sebagai wadah hiburan, sebaliknya perlu sebagai bahan kajian ilmiah yang dijadikan penyelidikan sarjana atau sebagainya. Jika tidak ada skripnya bagaimana semua itu boleh berlaku?
Setakat ini berapa filem P. Ramlee yang telah ditranskripsi?
WIRAMANJA: Alhamdulillah, sudah ada 40 skrip. Antaranya filem Pendekar Bujang Lapok, Semerah Padi, Sejoli, Ibu, Hujan Panas, Anakku Sazali, Seniman Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Penarek Becha, Aloha, Chinta, Abu Hassan Pencuri, Hang Tuah, Panggilan Pulau, Ibu Mertuaku, Sesudah Subuh, Tiga Abdul, Keluarga 69, Enam Jahanam, Ahmad Albab, Gerimis, Antara Dua Darjat, Nilam, Patah Hati, Anjoran Hidup, Sumpah Orang Minyak, Do Re Mi, Nasib Do Re Me, Laksamana Do Re Me, Labu Labi, Nasib Labu Labi, dan lain-lain.
Kesemua ini menjadi kenyataan kerana usaha tersebut dibantu oleh para pelajar saya yang mengikuti kursus Penulisan Kreatif (Filem) di UMS. Saya mengajar mereka menulis skrip berdasarkan visual yang ada supaya senang difahami untuk mengenali dan mempelajari camera work meliputi aspek scene, shot, act dan sebagainya. Alhamdulillah usaha itu berjaya. Saya ucapkan tahniah kepada para pelajar saya itu. Sekarang dalam proses mengumpul saki- baki filem yang membabitkan lakonan dan arahan P. Ramlee untuk ditranskripsi.
Mengapa dirasakan sangat penting skrip itu?
WIRAMANJA: Terlalu banyak. Ia adalah untuk kepentingan sejagat kerana skrip itu perlu didokumentasikan menjadi khazanah negara dan untuk para peminat filem tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum. Cakap kepada siapa, semua orang tahu P. Ramlee, termasuk kaum lain seperti Cina, India atau kaum minoriti lain. Malah, kanak-kanak yang lahir selepas kematian P. Ramlee juga begitu mengenali dan meminati karya seniman agung itu.
Namun sampai bila kita mahu mengangkat P. Ramlee sebagai penghibur tanpa pendekatan ilmiah? Kita tidak mahu sekadar mengingati tarikh kematiannya dengan mengadakan Pertandingan Karaoke P. Ramlee dan perkara-perkara stereotaip sifatnya yang tidak memberi faedah jangka panjang.
Sebaliknya, kita mahukan karya-karya P. Ramlee diangkat sebagai karya yang mempunyai nilai ilmu dan falsafah menerusi kajian mendalam secara ilmiah dengan membuat perbandingan secara berfakta dengan rentetan sebenar riwayat hidupnya, tetapi bukan hiburan semata-mata.
Ramai orang tidak tahu bahawa P. Ramlee mempunyai asas pelajaran agama sewaktu di bumi kelahirannya Pulau Pinang yang menjurus kepada kecenderungan sufi. Sebab itu jika diteliti secara mendalam boleh dikatakan ciri-ciri aliran sufi seperti bersifat jujur, berkorban demi kepentingan orang lain dan menolak kemewahan duniawi itu diterapkan secara di bawah sedar oleh P. Ramlee sendiri dalam kebanyakan karya-karyanya.
Jika diteliti pada skrip filem tersebut didapati banyak dialognya yang sungguh merakyat sifatnya dan menjunjung perpaduan kaum majmuk yang menjadi teras politik tanah air. Hampir 70 peratus filemnya mempunyai nilai patriotik serta membabitkan watak berbilang kaum menerusi penonjolan watak-watak tersebut. Unsur-unsur perpaduan ini telah dicernakan dalam filem P. Ramlee.
Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa pemikiran P. Ramlee telah mendahului zaman ketika membawa pendekatan politik tersebut? Nilai perpaduan kaum telah dipupuk secara halus umpamanya dalam scene lagu joget dengan penari mewakili semua kaum dalam filem Ragam P. Ramlee dan beberapa filem lain bertemakan kahwin campur, termasuk filem Gerimis keluaran Merdeka Studio. Inilah antara jasa dan penerapan nilai-nilai murni P. Ramlee yang kerap masyarakat terlepas pandang.
Begitu juga skripnya, dihasilkan secara spontan dan ada penambahan ketika penggambaran di lokasi. Contohnya, ketika penggambaran, P. Ramlee melakukan impromptu atau extemporaneous acting.
Justeru P. Ramlee seolah-olah telah terdedah dengan teori La politique des auteurs atau auteur theory yang digunakan oleh tokoh perfileman Barat, Robert Altman dan Christopher Guest dalam filem-filem mereka. Maka berlakulah dialog komedi spontan sebagaimana dalam filem Seniman Bujang Lapok dan filem-filem lain yang tidak terikat kepada skrip asal semata-mata.
Grand Argument dalam filem karya P. Ramlee juga amat luar biasa. Ternyata kebanyakan penemuan baru ketika proses transkripsi itu adalah di luar dugaan. Itulah yang perlu diketahui oleh para peminat karya P. Ramlee, terutama para pengkaji filem-filemnya.
Pernah meminta bantuan daripada Finas untuk projek transkripsi filem-filem P. Ramlee ini?
WIRAMANJA: Dulu memang ada. Saya mohon daripada Finas pada tahun 1999. Saya hantar proposal untuk tujuan transkripsi filem tersebut. Mereka mendiamkan diri dan surat saya tidak dijawab langsung. Akhirnya saya berusaha untuk bergerak sendiri bersama pelajar saya tanpa bantuan kewangan Finas. Yang penting, sekurang-kurangnya dapat juga membantu kerajaan dalam hal ini. Kalau diikutkan kos sebenar transkripsi kesemua 40 judul filem tersebut mencecah RM1.2 juta iaitu kos setiap skrip satu minit RM200x150 minit dan (anggaran tayangan)x40 naskhah.
Bagi saya wang ringgit bukan ukuran untuk menyelamatkan khazanah P. Ramlee itu. Jika luar negara sudah terdapat usaha mengagungkan Romeo and Juliet, Hamlet dan MacBeth karya William Shakespeare dengan menyimpannya di Library of Congress sebagai masterpiece. Malangnya usaha dan kesedaran kita di Malaysia belum sampai ke tahap itu.
Berapa ramai karyawan seni yang ada di negara ini seperti P. Ramlee? Barangkali Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim akan melakukannya selepas ini. Saya pasti beliau adalah seorang tokoh yang berpandangan jauh itu akan turun padang. Saya yakin.
Berapa banyak kajian ilmiah terhadap skrip filem P. Ramlee?
WIRAMANJA: Saya fikir tidak banyak. Barangkali di institusi pengajian tinggi (IPT) lain di seluruh Malaysia juga ada buat kajian mengenai karya-karya P. Ramlee secara senyap-senyap. Apa yang kita ketahui, penulisan mengenainya sebagai public figure memang banyak. Itu semacam menulis memoirnya saja yang juga boleh ditulis seperti memoir untuk tokoh-tokoh lain.
Kajian textual analysis dalam skrip filem-filem P. Ramlee secara serius belum banyak lagi. Umpamanya mengaitkan kajian tersebut berlandaskan beberapa teori seperti Art Film, semiotic, psychoanalytical film theory, structuralist film theory dan lain-lain.
Kami di UMS setakat ini mempunyai lima judul latihan ilmiah peringkat ijazah sarjana muda iaitu kajian pertama apabila transkripsi tersebut berjaya dilaksanakan sebanyak 40 naskhah sebagai rujukan. Saya sendiri dalam peringkat mengumpul data untuk kajian Ph.D yang diselia oleh seorang tokoh dan sarjana perfileman tanah air, Prof. Dr. Hatta Azad Khan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Apa cadangan anda mengenai perkara berkaitan P. Ramlee seterusnya?
WIRAMANJA: Sebagai rakyat yang meminati filem tanah air, saya syorkan mana-mana pihak, ataupun badan kerajaan terbabit mengadakan dana khas membangunkan Yayasan Tan Sri P. Ramlee.
Yayasan itu menempatkan khazanah P. Ramlee, termasuk skrip filem-filem tokoh itu yang kami di UMS telah transkripsi 40 judul, filem-filem P. Ramlee, koleksi berharga milik peribadinya dan lain-lain yang relevan untuk dipamerkan.
Tajuk-tajuk Berita
---------------------------------------- ----------------------------------------
MAHU MAJU SEPERTI JEPUN
Gempa bumi menambah malang Indonesia
RAPATKAN JURANG PENDAPATAN ANTARA KOTA DAN DESA
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
“Hari bahagia bagi orang Melayu”
Cerita rakyat sebagai tradisi ilmu
PROJEK SKRIP P. RAMLEE
HORMATILAH SENSITIVITI WANITA

© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my

| Terms of Use |
>> Link : http://www.utusan.com.my/utusan/con

----------------------------------------
MAHU MAJU SEPERTI JEPUN
Gempa bumi menambah malang Indonesia
RAPATKAN JURANG PENDAPATAN ANTARA KOTA DAN DESA
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
“Hari bahagia bagi orang Melayu”
Cerita rakyat sebagai tradisi ilmu
PROJEK SKRIP P. RAMLEE
HORMATILAH SENSITIVITI WANITA
----------------------------------------
----------------------------------------
© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my
----------------------------------------
| Terms of Use |
Link | Leave a comment | Add to Memories | Tell a Friend
SASTERA ISLAM: PEMIKIRAN DAN FALSAFAH
Apr. 19th, 2006 | 10:17 pm
Oleh: Wiramanja
Email: wiramanja@msn.com
Sastera meliputi kepebagaian kehidupan manusia di jagat raya ini. Kepelbagaian tersebut memerlukan kekreatifan individu menyelongkar khazanah alam yang dianugerahi Allah s.w.t. Tuhan semesta alam menghidupkan sesuatu di muka bumi ini adalah sebagai sandaran pemikiran manusia yang pintar menggunakan akal untuk menghayatan ciptaanNya. Begitulah bermula sastera di dalam alam pelbagai cakerawala ciptaan ilahi. Allah s.w.t mengadakan sesuatu bukan semata-mata untuk kesenangan manusia dan makhluk lain. Bahkan kesemua itu bahan pengajaran dan pedoman makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir.
Berfikir dengan menggunakan otak yang waras selalunya mendorong manusia ke arah kesejahteraan. Namun, tiada bersandarkan hukum alam dengan rujukan dua sumber iaitu Al-Quran dan Al-Hadits, maka pemikiran individu itu bertemankan hawa nafsu dan syaitan serta iblis. Pemikiran bersama bisikan syaitan dan iblis inilah sering menjurus manusia apabila mengaitkan sastera dalam kehidupannya. Kehidupan manusia dikelilingi seluruh pancainderanya sama ada boleh melihat ataupun sebaliknya. Apapun keadaan manusia itu, Allah s.w.t telah membekalkan kehidupan mereka dengan akal, sedangkan binatang mempunyai otak tetapi tidak berakal. Allah berfirman dalam Al-Quran:
“...Dan Allah melahirkan kamu dari perut ibumu; kamu tiada mengetahui suatu apapun, dan diberiNya kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl, ayat. 78)
Pancaindera iaitu pendengaran, penglihatan, pembauan, perasaan, lidah dan perasaan dan hati fikiran dan perasaan menjadi pokok pertama bagi bertumbuhannya pengetahuan manusia yang tadinya belum mengetahui apa-apa. Dengan bersyukur iaitu mempergunakan kekuatan-kekuatan itu dapatlah ilmu manusia menjadi lebih lanjut. Manusia sebagai sasterawan dapat menjangkau melalui pancainderanya menjadi satu karya yang berguna untuk manusia sejagat tetapi bukan untuk syok sendiri berkarya.
Makhluk yang tidak berakal tetapi mempunyai otak hanya berupaya membongkar khazanah alam untuknya sahaja tetapi tidak dimanfaatkan untuk semua. Justeru, alam maya ini seterusnya mengalami zamannya yang semakin hari semakin rosak. Natijahnya, bencana alam terjadi setiap hari adalah disebabkan kerosakan manusia pada awalnya. Manusia sentiasa melakukan kerosakan kerana tidak memanfaatkan akal yang waras bersandarkan dua sumber Al-Quran dan Al-Hadith yang ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. Dua sumber itu adalah sastera milik Allah s.w.t yang manusia mengabaikan kewujudkannya. Pengabaian manusia terhadap dua sumber tersebut menyebabkan mereka tidak tahu akar tunjangan kesusasteraan agong itu.
Adakah kebanyakan sasterawan muslim mengerti dan fahami makna dalam kalam Allah s.w.t itu sehingga mereka diangkat oleh tuhan sebagai sasterawan? Ataupun mereka cuma khatam Al-Quran dan tahu sifat Allah s.w.t, tetapi tidak berjaya menjadikan kalam itu sebagai rujukan untuk berkarya? Pertanyaan ini barangkali sukar dijawab oleh sasterawan kita. Jika ada yang berkarya berlandaskan dua sumber itu, Alhamdullilah, kerana mereka telah dipilih Allah s.w.t sebagai wali menerusi pena untuk berdakwah. Istilah wali amat luas untuk dimengertikan, wali dalam konteks perbincangan ini adalah mereka yang beriman dan bertakwa sehingga mempengaruhi tulisannya untuk berdakwah.
Berdakwah bukan tanggungjawab ustaz, ustazah ataupun ulamak yang mempunyai pendidikan agama, tetapi sasterawan muslim yang beriman dan boleh menulis menggunakan akal juga boleh berdakwah dalam karya mereka. Setidak-tidaknya dalam baris puisi atau lirik lagu boleh didakwahkan. Melurus perjalanan kehidupan seseorang dalam karya masing-masing, tetapi bukan mengcungkil karya-karya klasik dan dijadikan ukuran, timbangan, landasan berfikir manusia untuk zaman ini. Kenapakah tidak dijadikan kitab Allah s.w.t sebagai rujukan karya mereka?(kajian kejadian alam menerusinya). Tidakkah mereka ketahui Maha Agong dan Maha Hebat kitab Allah s.w.t, jika diamati setiap baris kandungannya. Penghayatan dengan penuh keinsafan itu dapat menterjemahkan seluruh isi yang maha besar keilmuanNya. Sebelum menjadi penulis, hayati dan fahami isi kandungan Al-Quran untuk menjadikan seseorang penulis lebih bertaqwa ketika menghasilkan karya yang bukan untuk syok sendiri tetapi untuk pengajaran dan pendidikan manusia.
Justeru, apapun yang dikerjakan oleh penulis untuk bersastera dalam karyanya perlu bertitik-tolak daripada kitab Allah s.w.t. Makanya, memudahkan individu itu menghasilkan karya yang lurus pemikirannya yakni dapat membimbing manusia pembaca menjadi insan beriman dan bertakwa. Insan beriman dan bertakwa selalunya mendapat petunjuk Allah s.w.t, walaupun ketika membaca dan sebagainya. Sebagai seorang sasterawan Islam, jangan terjebak diri sendiri dengan menghasilkan karya yang kabur iaitu tidak memberi manfaatkan kepada pembaca.
Justeru, sebagai sasterawan, seandainya menulis sesuatu menjadi tatapan pembaca, pastikan karya tersebut tidak melencong ke arah menyonsang pemikiran pembaca. Pemikiran pembaca yang terpesong daripada pembacaannya, makanya dibahu penulisnya segala dosa yang ditanggung. Tanggungan itu akan diadili di depan Maha Pencipta iaitu Allah Rabuljalil. Wallalahuallam.
RUJUKAN:
1. H.Zainuddin Hamidy Rachruddin HS.1991. Tafsir Quran. Klang Book Centre. Kuala Lumpur. (m.s. 394).
2.“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dihendakiNya, (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran Surah Al Baqarah ayat 269)
3. “(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa.” (Surah Yunus ayat 63). Wali dalam konteks Islam adalah mereka yang dipilih memiliki sesuatu ilmu yang boleh disampaikan manusia lain. Mereka ini terdiri daripada pelbagai golongan manusia tetapi beriman dan bertaqwa.

KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA: SATU PEMIKIRAN
Apr. 15th, 2006 | 07:46 am
Oleh:
Wiramanja
Pengenalan
Surat khabar di zaman alaf baru ini dianggap satu komoditi. Perniagaannya tidak terbatas kepada penjualan berita tetapi pengiklanan dan sebagainya. Pengaruh surat khabar dinilai dengan sasaran edarannya. Jika edarannya tidak meresapi seluruh pelusuk tanah air ianya bukanlah dinamakan surat khabar tetapi bahan bacaan sebaliknya. Edaran surat khabar yang terbanyak menentukan sikap akhbar tersebut ada pertembungan dengan rakyat ataupun khalayak. Khalayak ingin memperolehi khabar yang banyak merakyatkan berita di dalamnya. Bayaran senaskhah surat khabar perlulah setimpal dengan bahan-bahan yang dipaparkan.
Surat khabar mempunyai sejarahnya; tetapi ia berlainan daripada sejarah biasa. Sebagaimana yang sering diandaikan oleh golongan bermoral, media cetak, sebagaimana ia wujud, bukanlah daripada ciptaan sengaja kumpulan kecil manusia yang hidup. Sebaliknya ia adalah hasil ciptaan proses sejarah dan ramai individu mengambil bahagian tanpa melihat terlebih dahulu apakah hasil usaha terakhir mereka itu. Surat khabar sebagaimana bandar raya moden pada keseluruhannya, bukanlah merupakan penghasilan yang rasional. Tidak ada seorangpun yang duba menjadikan apa yang ada padanya. Di sebalik segala usaha individu dan generasi manusia mengawal dan mewujudkan sesuatu berdasarkan kehendak hati mereka, ia terus tumbuh dan berubah dengan cara tersendiri.
Menyingkap sejarah secara ringkas persuratkhabaran di Amerika adalah bermulanya Boston News-Letter yang diterbitkan oleh penguasa pos. Peranan posmen menghantar surat sekaligus mengedar surat khabar yang dianggap sebagai risalah biasa. Risalah tersebut memuatkan pengumuman penting rakyat berkaitan dengan kehidupan sosial mereka. Setiap hari risalah sampai ke pengetahuan masyarakat sehingga mereka terbiasa dengannya. Makanya, lahir surat khabar yang benar-benar wujud sebagai wadah penyebaran maklumat secara menyeluruh. Permulaan dengan the gazzette maka persuratkhbaran mencatat tinta sejarah pertama dunia.
Dunia persuratkhabaran mulai melalui detik-detik kegemilangannya memenuhi keperluan yang amat terhad kerana pengeluarannya yang terlalu minima kerana pelbagai masalah. Antaranya teknologi percetakan pada awal keluarannya amat mengecewakan. Begitulah resapan era persuratkhabaran di tanahair melalui detik-detik perkembangan awalnya pada 1 Mac 1806 akhbar yang berjudul The Goverment Gazette. Ketika itu masyarakat menyambut baik kemunculan akhbar tersebut yang menyiarkan pengumuman rasmi, berita dan iklan.
Pada permulaan penerbitannya akhbar tersebut diletakkan dibawah pengawasan residen british dan raja-raja melayu yang menjadi pak turut Inggeris (British). Suratkhabar sebagai wadah penyebaran maklumat, berita dan pelbagai lagi yang boleh mendidik rakyat dan membangunkan mentaliti mereka. Mentaliti mereka didedahkan dengan penyebaran akhbar yang ketika itu cuma berharga 15 sen senaskhah.
Kerajaan penerajuan orang putih tidak memberikan kebebasan sepenuhnya kepada syarikat akhbar dalam penerbitannya. Ini kerana, akan menyebabkan rakyat yang terdiri daripada wartawan boleh menyebarkan semangat bencikan Inggeris. Kebebasan mutlak kepada syarikat akhbar menyiarkan pelbagai rencana dan sebagainya boleh melumpuhkan jentera kerajaan British.
Akhbar Wadah Maklumat
“Saya lebih rela hidup dalam sebuah negara yang mempunyai akhbar tanpa kerajaan daripada hidup di sebuah negara yang mempunyai kerajaan tanpa akhbar”. Ungkapan ini adalah daripada Thomas Jefferson sebagai memperlihatkan surat khabar boleh memimpinkan masyarakat secara senyap dan berkesan. Kerajaan yang memerintah sering menggunakan arahan dan perintah menyebabkan rakyat tertekan dan cepat bosan. Kebosanan masyarakat sering dikaitkan dengan pemerintahan yang kuku besi menidakkan pemikiran, luahan dan kritikan mereka. Rakyat tidak diberikan mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Kerajaan menidakkan kebolehan rakyat memberi kritikan yang membina seolah-olah mengugat kewibawaan pentadbiran kerajaan.
Sesungguhnya tugas akhbar adalah penyambung lidah rakyat disamping mereka perlu mengetahui fakta sebenar setiap yang berlaku dalam negaranya. Rakyat yang memilih kerajaan dan rakyat pula perlu mengetahui apakah yang sedang berlaku dalam jentera kerajaan. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya menuding jari kepada rakyat. Rakyat yang terdedah dengan ICT akan menolak pendirian kerajaan yang menidakkan kepentingan mereka, kerana janji-janji ketika kempen pilihan raya perlu dikotakan tetapi bukan dimungkiri. Kaedah mendidik dan memimpin rakyat perlu ada batas-batas tertentu mengikut saluran logik akal.
Penerimaan akal rakyat banyak bergantung pada pendidikan yang diperolehi oleh mereka. Rakyat di sekitar tahun 1990-2002 dan seterusnya lebih pintar dan cekap dalam segala hal kerana didedahkan dengan ICT. Berita dan maklumat seluruh jagat raya cuma dihujung jari dapat diperolehi walaupun di mana-mana seseorang berada.
Menerusi Email mereka boleh memberi pendapat dan berhujah mengutuskannya seluruh pelusuk dunia dengan menekan kekunci komputer. Justeru, apakah maklumat dan segala-galanya perlu sekatan yang mana boleh mengalir terus melalui internet? Kebebasan akhbar sebenarnya sudah menyeluruh tetapi bukan bentuk percetakan tapi dalam bentuk maya (cyber). akhbar maya ataupun vitual newspaper ataupun sudah meluas penyebarannya tanpa dapat dibendung.
Pengguna boleh melayari pelbagai laman web akhbar tempatan dan antarabangsa tanpa halangan dan gangguan. Sama ada berita tersebut sahih dan tepat bergantung pada kredibiliti penerimanya mengikut kefahaman dan pendidikan mereka. Pendidikan yang mencukupi menyebabkan seseorang lebih dewasa memahami segala-galanya walaupun dalam usia masih mentah. Namun, segalanya adalah untuk memperolehi maklumat tanpa batasan dan halangan. Maklumat penyebaran melalui internet yang secara totalnya tanpa tapisan sehingga laman web negatif mudah dilayari.
Peranan Wartawan
Wartawan adalah seorang insan yang bergelumang dengan pelbagai masalah tidak sebagaimana insan lain. Profesion mencabar yang dipikul boleh memaksa mereka terperap dalam penjara ataupun didakwa kerana pelbagai kesilapan dan kecuaian yang tidak sengaja ataupun sebaliknya. Namun, mereka adalah insan menagih berita daripada sumber-sumber yang dipercayai untuk mengelakkan diri mereka terperangkap oleh halangan undang-undang. Dua kategori wartawan yang menjadi insan istimewa tersebut ialah satu wartawan arus perdana dan wartawan media alternatif.
Wartawan arus perdana terdiri daripada mereka yang berkerja dengan akhbar milik atau pantuan kerajaan, manakala wartawan media alternatif adalah seperti malaysiakini.com, di barat seperti American Journalism Review, Newslink dan lain-lain. Kedua-dua wartawan ini mempunyai agenda yang berlainan tetapi peranan untuk rakyat dan pembaca tetap ada. Mereka menyampaikan berita maklumat dan rencana untuk tatap serba hari kepada masyarakat pembaca. Wartawan arus perdana lebih memihak kepada kerajaan yang mendukong pentadbiran negara, manakala wartawan media alternatif lebih pro pembangkang. Wartawan arus perdana kurang terdedah dengan undang-undang, manakala wartawan media alternatif terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan yang barangkali boleh memerapkan diri mereka dalam penjara.
Alasan kebebasan akhbar
Alasan logik akal kebebasan akhbar perlu di tanahair ini adalah memberi peluang rakyat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di belakang tabir pemerintahan kerajaan. Pemerintahan kerajaan adalah atas usaha rakyat yang memilih pemimpin melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya menentukan corak pemimpinan sesebuah kerajaan. Sesebuah kerajaan yang stabil pemerintahannya memiliki organisasi persuratkhabaran yang bebas sifat penyiarannya.
Freedom of the press is said to ensure satisfaction of society’s need for a maximum flow of information and opinion and the individual’s right to self-fulfillment. Freedom of the press is also a promoter and protector of rights.
Kebebasan akhbar bertujuan memberi manfaat kepada rakyat sebagai wadah penyaluran maklumat. Rakyat pula memerlu dan menginginkan maklumat tepat yang mana tidak menyongsangkan pemikiran mereka dengan maklumat dan propaganda yang diada-adakan untuk kepentingan politik. Rakyat memerlukan penerangan yang memihak kepada kepentingan mereka. Akhbar perlu melapor dan mengenengahkan permasalahan dan pemikiran rakyat untuk mendapat pembelaan kerajaan dan badan-badan NGO. Sekatan terhadap media massa, sebagai memperlihatkan pentadbiran kerajaan tidak telus dan seolah-olah penyembunyikan sesuatu ke pengetahuan rakyat.
Menurut Pesuruhjaya Suhakam Datuk Prof. Hamdan Adnan, sekatan terhadap media sebenarnya merugikan negara sendiri kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang sepatutnya dan ini boleh menyebabkan negara menghadapi kurang daya ketahanan dalam menghadapi arus globalisasi. Buat masa ini ada kira-kira 50 undang-undang yang membataskan komunikasi dan media. Dan lebih menyedihkan ialah adanya undang-undang yang memgerikan kuasa kepada menteri untuk mentup akhbar tanpa sebarang alasan serta tidak perlu ke mahkamah. Pada 3 Mei 1993 diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Perhimpunan Agung PBB pada 1993 setelah dicadangkan oleh PBB bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) melalui resolusi berkaitan dengan “Penggalakan Kebebasan Akhbar di Dunia”. Berikut adalah resolusi perhimpunan Agung PBB sebagai ;
a. menggalakan dan membina usaha bagi menyokong kebebasan akhbar.
b. menilai kebebasan akhbar di seluruh dunia.
c. mengingatkan kerajaan masing-masing agar menunjukkan iltizam untuk menghormati kebebasan akhbar.
d. menyedarkan orang ramai betapa pentingnya akhbar itu bebas.
e. mengingatkan petugas-petugas media dan menggalakkan debat di kalangan mereka betapa pentingnya kebebasan akhbar dan etika kewartawanan
f. mengenang jasa wartawan yang terkorban di seluruh dunia.
g. menyatakan sokongan kepada media dan petugas media yang menjadi mangsa tindakan-tindakan menghalang, atau usaha menghapuskan, kebebasan akhbar.
Apapun yang berlaku di negara luar tidak akan berlaku di negara ini. Akhbar tanahair masih dibelenggu dengan beberapa Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Dengan hal yang demikian, badan bertindak penulis bagi kebebasan media (WAMI), Jawatankuasa Menentang Pengambilalihan Nanyang oleh MCA (CAT) dan Pusat untuk Kewartawanan Bebas (CIJ) telah menghantar tujuh muka surat memorandum sempena Hari Kebebasan Media Sedunia kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Antara maksud dalam memorandum tersebut iaitu pertubuhan wartawan itu turut membantah kengganan kementerian penerangan untuk memberi kad akreditasi kepada wartawan yang bekerja dengan media Internet kerana menganggap mereka bukan sebahagian daripada media tradisional. Ekoran itu, wartawan daripada golongan media alternatif beranggap mereka telah diberi layanan yang tidak sepatutnya sehingga dipandang hina oleh masyarakat wartawan arus perdana dalam hubung sosial mereka.
Kesimpulan
Kebebasan akhbar di sesebuah negara bukanlah hak mutlak. Kadangkala kebebasan yang dimaksudkan hanya untuk kebaikan masyarakat (rakyat) dan negara. Sesebuah negara yang berbilang kaum sebagaimana di Malaysia menginginkan kesejahteraan dan keharmonian dari segi perpaduan dan politik. Perpaduan di antara kaum tidak akan tercapai bilamana akhbar boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan pelbagai isu dengan kebebasan mutlak. Kebebasan mutlak yang diberikan oleh kerajaan barangkali boleh mengugat ataupun menjerut leher kerajaan sendiri. Tidak ada sesebuah negara di dunia ini yang mengamalkan kebebasan akhbar secara mutlak. Dari segi istilah yang dilaung-laungkan kebebasan akhbar namun segi praktisnya tidak mungkin berlaku.
Jika kebebasan akhbar berlaku di negara ini sudah tentu pelbagai isu dikemukakan di dada akhbar tanpa kawalan. Misalnya yang menjadi teras politik ialah isu perkauman, isu agama dan isu sosial boleh diperdebat dan dibangkitkan di dada akhbar tanpa sekatan. Hal ini sudah tentu boleh memperakperandakan jentera kerajaan yakni mengucahkacihkan pemikiran rakyat.
Di zaman parti perikatan memerintah negara ini di bawah pucuk pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sekatan akhbar tetap berlaku. Buku The Malay Dilemma tulisan Dr. Mahathir Mohamad digam atau diharam pengedarannya. Banyak lagi buku-buku yang tidak perlu disebutkan di sini telah diharamkan pengedaran dan pencetakannya. Kerajaan di zaman itu amat perihatin mengenai kesejahteraan rakyat. Kebebasan akhbar bukan memberi satu kebaikan ketika itu tetapi menambahkan beban politik yang bakal dihadapi oleh pemimpin.
Parti pembangkang dengan sewenang-wenangnya membuat tuduhan dan pelbagai lagi dengan media milik mereka. Sedangkan sekatan yang ada masakinipun masih berlaku fitnah dan keceluparan yang sangat memalukan di sesuatu pihak. Pihak pembangkang akan memainkan peranan menghemtam pentadbiran kerajaan yang nampak jelik di mata mereka. Kebiasaannya mereka mudah nampak kelemahan tetapi kebaikan diselindungi untuk membantu mereka dapat sokongan rakyat. Daripada kekalahan pilihan raya yang menimpa parti pembangkang sudah menunjukkan rakyat tidak menyokong mereka.
Rakyat Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang sudah memahami analogi politik dan percaturannya mengikut tahap pendidikan mereka. Tidak ada lagi rakyat Malaysia yang buta ilmu dan buta huruf. Disebab oleh itulah Perdana Menteri merealisasikan korridor raya multimedia untuk kesejahteraan rakyat mengikut lunas-lunas undang-undang yang dibenarkan. Namun, dalam segala hal, kerajaan perlu memantau segenap aktiviti penyiaran media sebagai melindungi kepentingan politik kerajaan. Sesiapa juga bakal menjadi pucuk pimpinan negara, pasti mengadakan sekatan akhbar dan tidak ada kebebasan multak diberikan. Akhbar media alternatif masih diberi ruang dan melepaskan perasaan dan emosi mereka dalam internet. Adakah ini kerajaan menidakkan kebebasan bersuara untuk mereka?
Kebaikan kebebasan akhbar hanyalah bersifat sementara tetapi akan memberi implikasi buruk kepada rakyat semua khasnya masyarakat Melayu dan bumiputra. Mereka ini akan menjadi mangsa penyalahgunaan ruang akhbar dan sebagainya. Parti pembangkang boleh sewenang-wenangnya memainkan pelbagai isu untuk menyemarakkan semangat perkauman dan anti-agama dan sebagainya. Itu sebab George Soros melalui Open Society Institute (OSI) menaja Malaysiakini.com melalui the Bangkok-based Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dengan tujuan untuk memprakperandakan jentera kerajaan Malaysia. Begitu juga majalah Far Eastern Economic Review (FEER) banyak memperburukkan pentadbiran Mahahir daripada menyokong. Adakah ini memberi kebaikan kebebasan akhbar?
Di awal Januari 2000, dengan penangkapan Karpal Singh, Mohamed Ezam Mohamed Nor, Zullkifli Sulong dan Chia Lim Thye adalah sebagai ikhtiar kerajaan membendung masalah politik yang mengancam keselamatan negara. Mereka boleh menaikkan semangat bencikan pentadbiran kerajaan dengan adanya kebebasan akhbar. Namun, rakyat yang peka seharusnya memahami kesukaran mentadbirkan Malaysia sehingga ada putrajaya, KLCC, Monorel, LRT dan banyak lagi. Kesemuanya sebelum kewujudannya telah mendapat kritikan membuta tuli daripada parti pembangkang. Sesungguhnya, kebaikan kebebasan akhbar cuma untuk seketika sahaja yang selainnya pelbagai kaum di Malaysia ini akan berkecekaran sesama sendiri sebagaimana Mei 13, 1969 dahulu.
RUJUKAN
1. Everette E. Dennis & John C. Merrill, 1996. Media Debates: Issues In Mass Communication, Longman Publishers, USA.
2. Robert E. Park, 1995. (Terj) “Peranan Berita”, dalam Everette E. Dennis dan rakan-rakan, Isu-Isu Komunikasi Massa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Haq, Mahbul ul. 1995. Reflections on human development. Oxford: Oxford University Press.
4. Mahathir Mohamad. 1996. Globalization – What it means to small nations. Syarahan Perdana Prime Minesters of Malaysia Fellowship Exchange Programme yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathier Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 24 Julai.
5. Malaysia. 1999. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad
6. A. Samad Ismail, 1989. Kebebasan Akhbar: Di mana Kita?, Siri Syarahan Umum Bil. 5, Universiti Sains Malaysia.
7. Norani Othman. 1999. Grounding human rights arguments in non-western culture: shari’a and the citizenship rights of women in a Modern Islamic state. Dlm. The East Asian challenge for human rights, disunting oleh Joanne R. Bauer & Daniel A. Bell. Cambridge: Cambrige Universitu Press.
8. Poynter Institut, “New Media Timeline – 1995, “Poynter Online. http://www.poynter.org/research/nm/time line/nt95.htm
9. Angus Reid, “Canadians and the News Media, “January 1998. http://www.angusreid.com/pressrel/pr120 398.htm
10. J.D. Lasica, “A New Concept of News, from “Net Gain” series in AJR News http://ajr.newslink.org/ajrjd14.htm l
11. http://www.malaysiakini.com/news/8/19/2 002
12. http://detik.daily.tripod.com/julaia/27 julai_13.htm.

8. Poynter Institut, “New Media Timeline – 1995, “Poynter Online. http://www.poynter.org/research/nm/time
9. Angus Reid, “Canadians and the News Media, “January 1998. http://www.angusreid.com/pressrel/pr120
10. J.D. Lasica, “A New Concept of News, from “Net Gain” series in AJR News http://ajr.newslink.org/ajrjd14.htm
11. http://www.malaysiakini.com/news/8/19/2
12. http://detik.daily.tripod.com/julaia/27
Link | Leave a comment | Add to Memories | Tell a Friend
Tulis dan Tulis
Apr. 14th, 2006 | 11:36 pm
Setiap yang individu tulis dalam apa jua bentuk genre penulisan memerlukan tanggungjawab kebenarannya. Kebenaran setiap tulisan dipertanggungjawabkan sehingga di depan mahkamah Allah s.w.t. Sesungguhnya, sesuatu tulisan jangan diperdayakan oleh bisikan syaitan dan iblis dalam karya tersebut. Justeru, berfikir dengan waras sebelum memulakan titik pertama ketukan keyboard komputer dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w.